Putrajaya: Semua 54 penuntut Malaysia yang berada di Fukushima, Jepun selamat.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, perkara itu disahkan Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo ketika dihubungi Kementerian berkenaan.
"Ini kerana, kedudukan universiti tempat penuntut ini meneruskan pengajian berada jauh dari pantai tempat berlakunya gempa bumi.
"Kedutaan akan terus memantau keadaan semasa dan mengingatkan semua penuntut supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa keselamatan di Fukushima dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Idris berkata, 49 daripada mereka adalah penuntut di Tohoku University manakala lima lagi menuntut di Sendai Kosen Technical College.