AMAR (depan, 10 kanan) beramah mesra dengan peserta Seminar Pencegahan Jenayah Seksual. FOTO Azhar Ramli
AMAR (depan, 10 kanan) beramah mesra dengan peserta Seminar Pencegahan Jenayah Seksual. FOTO Azhar Ramli
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Lima peratus daripada 500 kes jenayah seksual dicatatkan di negara ini dikesan membabitkan pedofilia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, jumlah keseluruhan kes jenayah seksual itu dicatatkan sejak 2010 hingga tahun ini.

Katanya, walaupun jumlah itu sedikit tetapi ia agak membimbangkan kerana suspek pedofilia dikesan hanyalah daripada individu yang dikenakan tindakan undang-undang sahaja.

"Berdasarkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), kita mengesan ramai pengguna Internet di negara ini melayari laman Web pedofilia.

"Perkara itu dikesan melalui satu sistem mengesan trafik pengguna yang melayari rangkaian laman seksual yang mengeksploitasikan gambar dan visual kanak-kanak," katanya pada sidang media Seminar Pencegahan Jenayah Seksual Siri Tiga, di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras, hari ini.

Turut hadir Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa serta kira-kira 500 perserta membabitkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 3:03 PM