X
Ab Rahman menunjukkan gambar penuntut GIATMARA yang ditetak dengan pedang samurai. FOTO Muhamaad Razis Ismail dan ihsan pembaca
Ab Rahman menunjukkan gambar penuntut GIATMARA yang ditetak dengan pedang samurai. FOTO Muhamaad Razis Ismail dan ihsan pembaca
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Remaja lelaki berusia 18 tahun yang juga penuntut GIATMARA parah kedua-dua tangan selepas ditetak dengan pedang samurai oleh sekumpulan lelaki di Kampung Panggong, Pasir Puteh, petang semalam.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa turut patah siku kiri.

Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, mangsa diserang oleh tiga lelaki dipercayai akibat dendam lama.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diserang dengan pedang samurai.

"Setakat ini empat lelaki berusia 17 hingga 29 tahun yang berada berhampiran lokasi kejadian sudah ditahan petang semalam untuk membantu siasatan.

"Tiga suspek yang menyerang mangsa masih diburu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 4:22 PM