LOKASI bom berkenaan (gambar kecil) ditemui oleh orang awam. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Dua bom asap yang masih belum digunakan ditemui di kawasan taman permainan di Jalan South Yu Seng di sini, hari ini.

Bom tertera perkataan 'Grenade Hand Coloured Smoke' ditemui oleh lelaki berusia 28 tahun pada 1.20 tengah hari sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, sepasukan anggota polis kemudiannya dikerahkan ke lokasi dan mendapati terdapat dua bom asap bewarna biru dan merah yang masih belum digunakan.

Menurutnya, bom berkenaan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

"Setakat ini, polis masih melakukan siasatan berhubung penemuan bom itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 6:25 PM