GAMBAR hiasan
ALWI Ibrahim. FOTO arkib NSTP
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap 21 penerbitan masing-masing pada 4 Julai dan 18 Julai lalu kerana ia boleh memudaratkan atau mengelirukan orang ramai termasuk menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, warta Perintah Larangan ini dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Beliau berkata, perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini dilarang secara mutlak di Malaysia.

"Kesemua penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, mungkin memudaratkan kemoralan, mungkin memudaratkan kepentingan awam dan mungkin memudaratkan kepentingan negara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mana-mana individu yang melanggar perintah larangan itu boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya ditetapkan Seksyen 8 (2) Akta 301 berkenaan, jika sabit kesalahan.

Penerbitan berkenaan termasuk:

1. Isu Semasa Dalam Risalah: Kahwin Campur antara Muslim

2. Nos Muslim; Islam And Homosexuality Volume 1

3. Mencontohi Para Wali

4. Syi'ar Manifestasi Tuhan Dalam Wanita

5. Mereka Adalah Teroris (Sebuah Tinjauan Syari'at)

6. Ibnu Taimiyah; Rekam Jejak Sang Pembaharu

7. Kitab Berlian Syahadat

8. Sejarah Syekh Abdul Wahab Tuan Guru Babussalam

9. Primbon Wanita Dan Tafsir Mimpi (Lengkap)

10. Nabiyyurahmah Min Minzoril Qurani Wa Ahlil Bayt

11. Misteri Alam Arwah: Persiapan Menjelang Ajal Dan Kisah-Kisah Mayat

12. 1000 Hikmat

13. Senjata Mukmin

14. Sabda Rasullullah S.A.W; Mahdi Aku Ada Dua Tanda

15. Kissing Cousins? Christians And Muslims Face To Face

16. A Treasury Of Asian Literature

17. What Went Wrong? The Clash Between Islam And Modernity In The Middle East

18. Nomad: From Islam to America: A Personal Journey Through The Clash of Civilizations

19. Lesbian Sex Positions: 100 Passionate Positions From Intimate And Sensual To Wild And Naughty

20. Sexual Intimacy For Women; A Guide For Same-Sex Couples

21. The Whole Lesbian Sex Book; A Passionate Guide For All Of Us

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 4:28 PM