PERBINCANGAN dengan Ketua Persekuan Gunung Iran, Polour Husin Pur. FOTO ihsan Mohd Khafiz Bachok
PERBINCANGAN dengan Ketua Persekuan Gunung Iran, Polour Husin Pur. FOTO ihsan Mohd Khafiz Bachok
FOTO ihsan Mohd Khafiz Bachok
FOTO ihsan Mohd Khafiz Bachok
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berjaya memperolehi khidmat helikopter daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Tehran dalam misi menjejaki dua rakyat Malaysia yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand, Iran.

Jurucakap Pasukan SAR, Mohd Khafiz Bachok berkata, Persatuan Bulan Sabit Merah di Tehran bersetuju untuk menggunakan helikopter mereka bagi misi berkenaan.

Bagaimanapun katanya, helikopter berkenaan kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia berikutan cuaca di Tehran hujan dan bersalji menyukarkan helikopter berlepas.

"Pihak Persekutuan Gunung Irandi Polour, juga sedang berusaha mendapatkan satu lagi helikopter dari Caspian City untuk membantu misi pencarian.

"Bagi pencarian melalui jalan darat, pihak Persatuan Bulan Sabit Merah menyatakan salji di laluan masih tebal dan berbahaya. Kita berharap misi ini boleh dilancarkan untuk pencarian di arah timur dengan kadar segera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 9:36 PM