WAHISAH Hassan, 35, Wahidah hassan, 35, membersih rumahnya di Kampung Banggol, malam tadi. IHSAN pembaca HM, Noorazmi Ramli
Safuri Kamarudin


Baling: Lebih 120 keluarga di lima kampung di Mukim Siong dan Baling dilanda banjir kilat, malam tadi.

Banji melanda selepas hujan lebat kira-kira dua jam pada sebelah petangnya.

Hujan lebat bermula kira-kira 6 petang itu menyebabkan air Sungai Ketil naik satu meter ke penempatan penduduk hingga ada antaranya terpaksa berpindah.

Antara desa terbabit Kampung Baru, Kampung Lalang, Siput, Pokok Setol di Mukim Siong dan Kampung Banggol Derum, Mukim Bongor.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak, berkata mangsa diminta menghubungi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan membuat laporan polis bagi memudahkan bantuan disalurkan.

Beliau berkata, jika keadaan membahayakan mereka dinasihat berpindah dengan segera ke tempat selamat sementara bantuan barangan makanan dan keperluan lain disalurkan.

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut membantu mangsa dan memantau beberapa kawasan.

“Sehingga ini, tidak ada laporan mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan.

"Minggu lalu banjir kilat di kawasan Kupang dan Kuala Ketilmeragut nyawa remaja yang sedang mengemas barangan di dalam rumahnya.

"Sebab itu anggota penyelamat bersiap sedia sekiranya air terus naik dan mengarahkan penduduk berpindah segera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 11:19 AM