Najib bersama keluarga Shahril Mohd Sharif, 34, dan isteri Juliana Janggi, 33, serta dua anak mereka, Muhammad Shahmi, 7, dan Safiah Amani, 3, di Majlis Pelancaran RMR1M 10,000 Hasrat Satu Impian di RTB Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Najib bersama keluarga Shahril Mohd Sharif, 34, dan isteri Juliana Janggi, 33, serta dua anak mereka, Muhammad Shahmi, 7, dan Safiah Amani, 3, di Majlis Pelancaran RMR1M 10,000 Hasrat Satu Impian di RTB Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Mohd Husni Mohd Noor

Sepang: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) bertemakan 10,000 Hasrat Satu Impian di Sekolah Kebangsaan RTB Bukit Changgang, Kuala Langat, di sini, hari ini.

Pada program sama, Najib turut meluangkan masa hampir setengah jam melawat dua rumah RMR1M milik Shahril Mohd Sharif,34, dan Haizum Mohd Rudin, 32.

RMR1M yang dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) sudah menerima 80,000 permohonan bagi membina rumah berkenaan dari seluruh negara dengan 37,000 unit sudah disiapkan setakat ini.

Pengerusi SPNB Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, RMR1M disediakan kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri tetapi yang tidak memiliki tanah juga boleh memohon dengan syarat mendapat keizinan untuk membina rumah daripada tuan punya tanah.

Menurunya, ada tiga rekabentuk RMR1M iaitu unit setingkat berkeluasan 93 meter persegi (mp/s) berharga RM65,000 dilengkapi

tiga bilik dan dua bilik air, yang mana kerajaan beri subsidi RM20,000 dan bakinya pinjaman SPNB dengan kadar

faedah dua peratus.

"Model kedua ialah rumah setingkat berkeluasan 79 mp/s berharga RM55,000 dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air, yang mana kerajaan memberi subsidi RM17,500 dan bakinya pinjaman SPNB dengan kadar faedah dua peratus.

"Model ketiga pula rumah setingkat berkeluasan 65 mp/s berharga RM45,000 dilengkapi dua bilik dan dua bilik air,

yang mana kerajaan memberi subsidi RM15,000 dan bakinya pinjaman SPNB dengan kadar faedah dua peratus," katanya dalam kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 5:41 PM