IHSAN Muslim Care Society Malaysia (Muslim Care)
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, kami dapat juga menghulurkan bantuan walaupun dalam keadaan sejuk dengan suhu sekitar 5 darjah Celcius.

"Keadaan di sempadan Syria-Jordan ini agak kritikal kerana kekurangan bantuan.

“Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Pelarian Syria di Kem Al Zulail, Jordan, diserahkan kepada 100 keluarga," kata Naib Presiden Muslim Care Society Malaysia (Muslim Care), Mohd Johari Ismail.

IHSAN Muslim Care Society Malaysia (Muslim Care)

Menurutnya, misi bantuan yang tiba di sempadan kedua-dua negara itu, Khamis lalu, turut memberikan sumbangan kepada kanak-kanak dan bayi, antaranya berusia 28 hari.

IHSAN Muslim Care Society Malaysia (Muslim Care)

"Kita akan teruskan dengan melawat beberapa kem pelarian lain dan sekolah pelarian Syria di Mafraq dan berharap segala urusan, perancangan berjalan lancar," katanya kepada Harian Metro.

Misi berkenaan yang turut disertai bekas vokalis XPDC, Ali, bersama 23 sukarelawan lain dijadual pulang ke tanah air, 1 Disember ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 11:49 AM