Kalidevi Mogan Kumarappa

Hulu Selangor: Polis meminta penduduk Taman Idaman, Serendah, dekat sini, berpindah.

Sekurang-kurangnya 64 pemilik rumah perlu pindah sebelum 1. 45 petang ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata kawasan berkenaan kini adalah Zon Merah berikutan tanah runtuh sejak awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi, hari ini, lapan kenderaan dan deretan kedai serta gerai makan menggelongsor jatuh ke lereng bukit sedalam 20 meter akibat kejadian tanah runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 12:10 PM