Shahnaz Fazlie Shahrizal


Georgetown: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap ular tedung selar di bawah rumah kongsi tapak pembinaan di Bukit Gambir, Gelugor, malam tadi.

Selar sepanjang 3.86 meter ditemui pekerja ketika sedang menelan biawak, pada 11.30 malam.

Anggota APM mengambil kira-kira 30 minit untuk menangkap reptilia itu yang bertindak agresif.

Ular itu kemudian dibawa ke pejabat APM daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2016 @ 10:50 AM
FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal