Jam pintar G3 bakal dijual pada harga RM1,399 bermula 8 Disember 2016.


Kuala Lumpur: Samsung bakal melancarkan jam pintar Gear S3 dengan dua versi, Frontier dan Classic bagi pasaran Malaysia yang mengekalkan bezel boleh putar untuk kawalan menu jam.

Ia bakal dijual pada harga RM1,399 bermula 8 Disember 2016.

Skrinnya dilengkapi paparan 1.3 inci Super AMOLED dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass SR+ yang direka khas untuk peranti boleh pakai lebih tahan lasak dan tahan calar.

Samsung juga memperkenalkan dua rangkaian bagi Gear S3, satu menyokong rangkaian LTE dan satu lagi tanpa LTE.

Jam pintar ini akan lengkap dengan ciri Samsung Pay bersama alat dalaman GPS, sensor altimeter, barometer dan speedometer.

Ia mempunyai ketahanan bateri hingga empat hari.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2016 @ 9:58 PM