X
BISKUT Mamee Monster yang pertama mengandungi DHA dilancarkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, baru-baru ini.
BISKUT Mamee Monster yang pertama mengandungi DHA dilancarkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, baru-baru ini.

Mamee sememangnya sinonim dengan masyarakat Malaysia dan menjadi antara nama yang dekat di hati setiap golongan masyarakat di negara ini khususnya kanak-kanak.

Seiring perkembangan arus kemajuan negara, Mamee turut peka dengan kepentingan untuk produknya terus berevolusi mengikut kehendak dan keperluan konsumer.

Berpegang kepada dua matlamat utama dalam kehidupan kanak-kanak, pemakanan dan kegiatan aktif, Mamee kini melancarkan Mamee Monster Biskidz iaitu produk biskut pertama yang mengandungi DHA.

“Kanak-kanak zaman ini amat aktif dengan pelbagai kegiatan seharian. Daripada satu aktiviti ke aktiviti lain, mereka seharusnya diberikan khasiat pemakanan yang baik agar tidak lapar dan terus bergiat aktif.

“Ini juga akan membantu mereka lebih fokus pada aktiviti yang dilakukan. Penyelidikan dan sains membuktikan bahawa DHA ialah satu komponen utama yang membantu perkembangan otak, justeru DHA penting untuk pertumbuhan otak kanak-kanak.

“Kami amat berbangga dengan pelancaran produk baru ini kerana yakin khasiat dan kelazatan produk ini menjadi satu pelengkap kepada keperluan pertumbuhan serta pembesaran si kecil,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee-Double Decker Sdn Bhd Tan Sri Pang Tee Chew.

Biskut menarik ini mengandungi sembilan vitamin iaitu vitamin A untuk fungsi mata, kumpulan vitamin B, B1, B2, B3, B5, B6 dan B12 untuk meningkatkan tahap metabolisme, vitamin D membantu badan menggunakan kalsium juga fosforus, vitamin E membantu melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan serta kalsium untuk membantu pembentukan tulang di samping gigi yang kuat.

Biskut ini juga mempunyai tiga perisa yang dicipta berdasarkan apa yang digemari kanak-kanak. Susu, yang menjadi antara sumber makanan penting sepanjang proses pembesaran mereka menjadi bahan penting dalam biskut ini, selain coklat dan rumpai laut.

Teksturnya ringan dan rangup memudahkan kanak-kanak menikmatinya. Terdapat empat saiz pek yang mudah dibawa dan mengikut keperluan serta keadaan penggunaan yang berbeza.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2016 @ 5:01 AM