MIRCOSOFT Surface Pro
MIRCOSOFT Surface Pro
SONIC  Gear Airphone V
SONIC Gear Airphone V
SAMSUNG Galaxy Camera
SAMSUNG Galaxy Camera
SYNOLOGY DiskStation DS713+
SYNOLOGY DiskStation DS713+
Oleh Afiq Hanif

Terlalu banyak gajet yang masuk ke makmal uji [email protected] pada tahun ini dan kebanyakannya memberikan kepuasan kepada penguji dari aspek teknologi. Tidak kurang tiga bintang bagi produk direviu, penguji senaraikan beberapa produk bukan telefon bimbit yang menjadi pilihan.

1. Microsoft Surface Pro

Selama setahun penguji mencari tablet yang berkeupayaan tinggi untuk melakukan kerja pejabat setaraf laptop, tiada yang dapat menandingi kekuatan Microsoft Surface Pro.

Maklumlah, kerja pejabat memerlukan mesin dan perisian baik seperti Office yang dikeluarkan Microsoft, jadi memang padanlah gabungan kedua-duanya dalam Surface Pro.

Pada masa sama, ia menggunakan paparan ClearType HD 10.6 inci di samping kelengkapan port USB 3.0 dan microSD untuk pilihan penyambungan.

2. Dell Inspiron 14R

Laptop boleh sentuh Dell Inspiron 14R berwarna kelabu seakan-akan sudah biasa dengan rekaan Dell sebelum ini yang dibantu dengan sentuhan bezel plastik lembut di bahagian bawah yang tidak terlalu menyerlahkan peranti ini.

Inspiron 14R dengan saiz 13.62 x 9.65 x 1.11.3 inci tetapi ia lebih berat (2.3kg) dan tebal berbanding dua produk pesaingnya.

3. Samsung Galaxy Camera

Rakam foto selfie dengan kamera digital. Nampak kurang menarik, tetapi jika anda menggunakan kamera Samsung Galaxy Camera 2 yang berkuasakan pemprosesan 1.6GHz Quad Core, ia pasti mengubah persepsi anda mengenainya.

Ditambah pula, fungsi selfie menjadi salah satu daripada 21 mod baru dalam kamera ini yang boleh merakam lima imej berturut-turut dalam resolusi tinggi bagi memungkinkan anda memilih sudut terbaik dan berkongsi terus ke laman media sosial.

4. Sonic Gear Airphone V

Jika anda mahukan fon telinga bebas kabel yang baik, [email protected] memperkenalkan fon telinga Sonic Gear Airphone V yang boleh disambung tanpa wayar ke mana-mana peranti mudah alih termasuk iPod, iPhone, iPad mini, telefon pintar Android dan mana-mana tablet bersaiz sederhana.

Kaedahnya mudah, sediakan peranti anda, pasang sambungan Bluetooth dan terus buka muzik diinginkan.

5. Synology DiskStation DS713+

Stesen setoran Synology DiskStation DS713+ dengan dua slot NAS-bay direka untuk pengguna yang memerlukan banyak kuasa setoran, tetapi tidak dilengkapkan dengan keperluan kapasiti tinggi.

DS713+ mempunyai kapasiti dalaman maksimum 8TB yang menggunakan kapasiti dua HDD 4TB setiap satu di samping pemprosesan dual core 2.13GHz selain memori DDR3 1GB dan perisian Disk Station Manager 4.3.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 5:02 AM