Mangsa kemalangan terbaring di tempat kejadian. - Foto Ihsan PDRM
Mohd Hanafis Abdul Haris


Batu Pahat: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut manakala bapa, ibu dan adik perempuannya cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 7, Jalan Simpang Lima-Parit Sulong, di sini, hari ini.

alam kejadian 7.20 pagi itu, Faid Haiqal Uzair Rosli maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa bersama keluarganya yang menaiki Proton Saga dalam perjalanan dari Parit Sulong menghala Teluk Bakung, di sini.

“Setiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza yang dipandu secara laju merempuh Perodua Viva yang berada di depan menyebabkan Viva itu terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu bapa mangsa.

“Kanak-kanak itu maut d itempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2016 @ 2:10 PM