FAUZIAH bersama Norsyuhada dan Mohd Fakrudin Mohd Nazri, 5, menolak perahu gentian kaca ke laut untuk membuang bento di Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah. FOTO Hassan Omar
FAUZIAH bersama Norsyuhada dan Mohd Fakrudin Mohd Nazri, 5, menolak perahu gentian kaca ke laut untuk membuang bento di Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah. FOTO Hassan Omar


Alor Gajah: Bagi menambah pendapatan, Fauziah Yahya, 39, dan sepupunya, Norsyuhada Yusof, 25, aktif menangkap ketam sekitar perairan Melaka Barat.

Pada kebiasaannya mereka memasang 20 hingga 30 perangkap ketam atau popular dengan panggilan ‘bento’ dalam kalangan nelayan dan menggunakan anak ikan sebagai umpan.

Fauziah yang mempunyai tiga anak berusia antara lima hingga 11 tahun berkata, dia tidak mahu mengharapkan gaji suami bekerja di sebuah kilang di Alor Gajah, sebaliknya bersama-sama membantu menambah pendapatan keluarga.

“Sekarang barang makanan, pakaian dan keperluan lain sudah naik harga, kalau hanya harapkan suami untuk beli semua itu memang tidak cukup, usaha saya ini sedikit sebanyak mampu kurangkan beban dia.

“Saya dan Norsyuhada mula aktif menangkap ketam sejak dua tahun lalu, tetapi ketika itu kami ke laut jika ada kelapangan saja. Namun selepas ekonomi tidak menentu, semakin kerap kami ke laut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2016 @ 8:36 AM