iPHONE 6
iPHONE 6
LG G3
LG G3
OPPO N1
OPPO N1
MOTO X
MOTO X
ALCATEL Pop C9
ALCATEL Pop C9
HUAWEI Honor 6
HUAWEI Honor 6
Oleh Afiq Hanif

Telefon pintar memainkan peranan penting dalam kehidupan terutama apabila penembusannya melebihi 300 peratus sejak tiga tahun lalu.

Syarikat teknologi Ericsson menjangkakan langganan telefon pintar di Malaysia meningkat lagi kira-kira 10 peratus dalam enam bulan akan datang selepas satu kajian mendapati jumlah penggunanya meningkat dengan ketara.

Kajian syarikat terbabit juga menunjukkan menjelang 2020, dijangkakan terdapat 800 juta langganan untuk telefon pintar di Asia Tenggara dan Oceania.

Apakah model popular sepanjang tahun ini? [email protected] imbas kembali 12 telefon pintar menarik sepanjang 2014.

1. iPhone 6

Penukaran saiz kepada 4.7 inci berbanding 4.3 sebelum ini benar-benar memberi impak kepada model yang dilengkapi paparan Retina HD yang baru dengan resolusi 1334 x 750 piksel dan mempunyai jangka hayat bateri yang lebih baik walaupun menggunakan skrin lebih besar, reka bentuk nipis dan prestasi dipertingkatkan.

2. Samsung Galaxy Note 4

Mungkin ramai bersetuju Samsung Galaxy Note 4 menjadi muka depan meskipun pada pelancarannya, syarikat Korea terbabit juga menyentuh mengenai Note 4 Edge. Saiznya kekal besar tetapi yang menarik adalah warna skrinnya.

3. ASUS Fonepad 8

Selepas beberapa kali mencuba, ASUS dengan Fonepad 8 yang mempunyai saiz skrin 8.0 inci mempunyai nisbah skrin-ke-badan 72.2 peratus, sekali gus menyaksikan lebih ruang untuk paparan skrin menjadi antara gajet menarik tahun ini.

4. LG G3

Ia dibangunkan dengan konsep 'Simple is the New Smart' (Ringkas itu Kepintaran Baru), G3 dikuasakan dengan teknologi terbaik yang ada pada masa kini untuk memberikan pengguna pengalaman yang lebih baik dilengkapi skrin 5.5 inci Quad HD dengan kamera 13 megapiksel.

5. ASUS Zenfone 5

Apa yang menarik, unit ini dilengkapi cip pemprosesan Intel Atom Z2560 pada kelajuan 1.6GHz, menyertakan memori pada kapasiti RAM 2GB selain mempunyai beberapa fungsi menarik termasuk aplikasi dan ciri unit kamera yang berkualiti pada penataan cahaya yang rendah.

6. Oppo N1

Industri telefon pintar digamatkan dengan kehadiran pendatang baru, Oppo dari China yang memiliki model N1, peranti dilengkapi kamera beresolusi 13 megapiksel boleh pusing sehingga 206 darjah. Ini bermakna, Oppo hanya dilengkapi satu kamera saja berbanding telefon lain yang memerlukan kamera belakang dan depan. Kini terdapat model baru, N3.

7. HTC One M8

Telefon pintar yang datang dengan rekaan aluminium berbekalkan antaramuka HTC Sense 6 di samping memperkenalkan cara baru mengaktifkan telefon dengan hanya menyentuh skrin dua kali atau sekali untuk menutupnya kembali yang hebat ditambah fungsi HTC Ultrapixel dikekalkan dengan penambahbaikan yang merakam sehingga 300 peratus lebih cahaya, sekali gus menghasilkan imej cantik.

8. Moto X

Menariknya, Moto X memperkemaskan fungsi arahan suara yang jarang dilakukan dalam peranti Android lain selain teknologi Active Display yang memaparkan notifikasi di atas skrin secara tetap tanpa pengguna perlu menekan butang untuk menghidupkan peranti. Tidak dilupakan, bateri yang tahan lama.

9. Xiaomi Mi3

Xiaomi cukup bersedia dengan model Mi3 yang mempunyai sistem operasi berasaskan Android dikenali MiUi mempunyai tahap kenipisan 8.1mm, bahan diperbuat daripada aloi aluminium magnesium yang disalut dengan tiga lapisan grafit terma menjadikannya ringan, tetapi kukuh dan tahan lasak.

10. Sony Xperia Z3

Xperia Z3 termasuk satu telefon pintar premium, telefon kompak dan tablet yang menjadi model utama syarikat terbabit yang meneruskan ciri kalis air dan debu dengan hanya seberat 152g serta mempunyai tahap kenipisan 7.3mm saja di samping rekaan kerangka aluminium yang mewah.

11. Alcatel Pop C9

Bagaimana untuk mendapatkan telefon berskrin 5.5 inci dengan harga kurang RM700 beberapa bulan lalu? Jawapannya ada pada Alcatel Pop C9 yang dilengkapi paparan 5.5 inci qHD IPS 540 x 960 piksel dengan rekaan nipis serta pemprosesan jenis quad core 1.3 GHz.

12. Huawei Honor 6

Ia lengkap dengan A7 quad core 1.3GHz digabungkan bersama cip berprestasi tinggi A15 quad core 1.7GHz dan RAM melangkau 3GB di samping memori dalaman sehingga 16GB selain menggunakan bateri 3100mAh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 5:02 AM