FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Syah Rul Aswari Abdullah


Kota Kinabalu: Toh Puan Bandong Hasbollah iaitu ibu Menteri Komunikasi dan Multimedia, meninggal dunia pada usia 85 tahun di KPJ, di sini, awal pagi ini.

Allahyarham yang juga isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah ketujuh, Tun Said Keruak, meninggal dunia akibat sakit tua, pada 6.55 pagi.

Difahamkan, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak pulang ke Kota Kinabalu, petang semalam, selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara.

Cucu Allahyarham iaitu Syarulnizam Salleh, berkata jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siasai/Tombol, Kota Belud.

Allahyarham meninggalkan lima anak iaitu Datin Saidatul Badru Said, Datin Sandralilah, Salleh, Saidatul Badariah dan Zainoriah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2016 @ 10:59 AM