Keadaan jambatan menghubungkan Kampung Seri Bayas di Setiu, dengan bandar Permaisuri yang tenggelam. - Foto NURUL FATIHAH SULAINI
Nurul Fatihah Sulaini


Permaisuri: Kira-kira 200 penduduk Kampung Seri Bayas di Setiu, terputus hubungan selepas jambatan menghubungkan bandar Permaisuri ditenggelami air sejak tengah malam tadi.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Seri bayas, Md Merasidi Jusoh berkata, air sungai di kampung itu mula meningkat selepas hujan berterusan sejak pagi semalam.

Menurutnya, jambatan sepanjang 30 meter itu memang kerap tenggelam setiap kali hujan lebat melanda.

"Buat masa ini kami terpaksa menggunakan bot untuk menyeberangi sungai tetapi bergantung jika arus tidak kuat.

“Jika cuaca baik hari ini, jambatan itu dijangka boleh digunakan semula esok," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2016 @ 1:14 PM