Wanita yang cedera parah selepas jatuh dari tingkat lima dibawa mausk ke dalam ambulans. - Foto Ihsan Bomba
Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 30 tahun cedera parah dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah apartmen di Taman Seri Ehsan, Kepong, jam 10 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat.

"Sebaik tiba, pasukan perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2016 @ 1:17 PM