Anggota APM meninjau kawasan kediaman penduduk yang digenangi air. FOTO ihsan APM
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


Dungun: Dua puluh mangsa banjir daripada lima keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Kampung Cacar Baru, Paka di sini kira-kira 11.30 pagi hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, kesemua mangsa itu terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan.

Menurutnya, selain itu enam kanak-kanak lelaki dan empat perempuan turut ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan.

"Penduduk terbabit dipindahkan berikutan kediaman mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter berikutan hujan berterusan sejak semalam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2016 @ 4:36 PM