Bandung: Beberapa pertubuhan massa Islam di Jawa Barat bersedia mengawal keselamatan gereja di wilayah itu pada malam Krismas nanti.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Jawa Barat, Mochamad Iriawan, di majlis perhimpunan Operasi Lilin Lodaya 2014 di Kota Bandung, semalam.

Menurut Mochamad, polis dan sukarelawan itu bekerjasama untuk berkawal di beberapa gereja di Bandung.

“Polis berharap kehadiran anggota organisasi massa Islam dan pertubuhan belia dapat meningkatkan tahap keselamatan semua pihak,” katanya.

Amalan itu bukanlah sesuatu yang baru ia pernah dilakukan pertubuhan berkenaan sebelum ini. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 5:04 AM