FOTO Aslina Abu Bakar
FOTO Aslina Abu Bakar
Aslina Abu Bakar


Kuala Berang: Pemancing yang hilang di Hutan Simpan Kampung Sungai Lut, FELDA Jerangau Barat, di sini, Rabu lalu, ditemui selamat hari ini.

Satar Ali, 49, dilaporkan hilang selepas keluar memancing ditemui pada 11.35 pagi ini.

Dia ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata mangsa ditemui ketika mencari jalan keluar dari kawasan berkenaan.

Menurutnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi dia dalam keadaan keletihan ketika ditemui.

Katanya, mangsa kemudiaannya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 3:00 PM