Muhammad Apendy Issahak


Pantai Remis: Tiga keluarga membabitkan 12 penduduk Kampung Padang Serai, di sini, terpaksa pindah selepas kawasan kediaman mereka dilanda banjir akibat hukan lebat sejak malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Amir Ahmad, berkata kesemua mangsa difahamkan berpindah sendiri ke pusat pemindahan sejak malam tadi.

Ini berikutan, katanya, kawasan rumah mereka dinaiki air setinggi kira-kira 0.4 meter.

"Ketiga-tiga keluarga berkenaan kini di pusat pemindahan Sekolah Rendah Agama Rakyat Kampung Padang Serai,” katanya.

Sehingga ini, katanya, pemantauan yang dibuat mendapati tiada limpahan air berlaku dari dua sungai berhampiran kampung berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 4:11 PM