Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Jenazah Allahyarham Syed Redzuan Syed Salim Shatri, pendaki Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran, dijangka tiba di KLIA, Isnin ini.

Ketua Ekspedisi Rozaimi Mohd Said, berkata jenazah akan diterbangkan dari Tehran, Iran, pada Ahad, kira-kira 10 malam, dan dijangka tiba di KLIA tengah hari Isnin.

“€œJenazah Allahyarham selamat dimandi dan dikafankan hari ini. Sebaik tiba di Malaysia akan terus dibawa ke Masjid Bandar Tun Hussein Onn untuk sembahyang dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Rozaimi berkata, pihak SAR, hari ini, mengulangi komitmen mereka untuk mencari seorang lagi pendaki Malaysia yang hilang, Ramli Abd Majid.

“€œNamun buat masa ini, cuaca buruk menghalang mereka dari meneruskan misi dan pencarian akan diteruskan jika cuaca bertambah baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 8:39 PM