AYDA bergandingan dengan Shaheizy Sam dalam filem Pinjamkan Hatimu arahan Osman Ali.

Sukar menafikan populariti yang dikecapi Ayda Jebat saat ini. Tawaran demi tawaran datang bersilih ganti baik dalam lakonan mahupun sebagai duta produk membuktikan betapa larisnya artis bertubuh kecil molek ini.

Bagaimanapun, drama bersiri lakonannya, Awak Sangat Nakal yang kini ditayangkan di Astro Ria dikatakan kurang mendapat sambutan penonton.

Mengulas perkara ini, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 24, berkata, bukan mudah mengulangi pencapaian drama yang pernah dibintanginya sebelum ini.

“Saya kurang pasti sama ada drama ini dapat sambutan atau sebaliknya. Namun saya akui kalau sebelumnya penonton disajikan dengan drama yang lebih kuat, memang susah untuk kita bersaing.

“Bagi saya, promosi perlu kuat untuk menarik perhatian orang ramai menonton drama ini. Aspek lakonan, saya berpuas hati kerana saya dan rakan sudah memberikan komitmen terbaik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 5:10 AM