WAJAH gembira peserta MSU College Sabah yang meraih kejayaan menerusi pertandingan 19th Sabah Hospitality Fiesta, baru-baru ini.
myMetro

MSU College Sabah berjaya membawa pulang satu pingat perak dan satu gangsa menerusi acara Table Setting Individual Challenge dan empat Diploma daripada acara Decorated Dummy Wedding Cake secara berkumpulan, Fruit and Vegetable Carving dan Black Box menerusi pertandingan 19th Sabah Hospitality Fiesta, baru-baru ini.

Seramai tujuh pelajar dari program Diploma Pengurusan Hotel dan Diploma Seni Kulinari menyahut cabaran dalam dua kategori iaitu profesional dan aperantis.

Pelajar program Diploma Pengurusan Hotel Zahfiqa Izzatul Faznin Mackenzie berkata, pertandingan ini mampu mendedahkan mereka kepada cabaran dunia pekerjaan sebenar selain memperoleh peluang menimba pengetahuan berkaitan kualiti dan standard dalam bidang hospitaliti.

“Persaingan sengit bukan halangan kepada kami menonjolkan kemampuan, malah menjadikan lebih bersemangat dan teliti dalam menyempurnakan tugasan.

Bertemakan ‘Enriching Culture’, pertandingan tahun ini berjaya menarik penyertaan daripada 253 hotel dan 80 kolej dari Sarawak, Negeri Sembilan selain Sabah.

Panel hakim terdiri daripada cef ternama dan berpengalaman yang mengadili peserta dalam pelbagai aspek termasuk teknik dan prosedur, ketelitian dan kekemasan, profesionalisme serta ketepatan masa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 10:45 AM