KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan bomba
Nazreen Shah Mat Salim


Hulu Selangor: Seorang wanita sarat mengandung dan anak lelakinya berusia empat tahun maut selepas kereta kancil dinaiki bertembung dengan kereta lain dalam kejadian di Jalan Kalumpang- Tanjung Malim, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.49 pagi itu, dua lagi mangsa yang menaiki kereta lain cedera dan dibawa ke hospital berhampiran.


ANGGOTA bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan bomba

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum tiba di lokasi kejadian jam 8.04 pagi.

"Mangsa yang maut adalah seorang jururawat bernama Husnadia Abdul Razif berusia 30 tahun dan anaknya Muhammad Fayyad berusia empat tahun.

"Kedua-duanya disahkan maut dilokasi kejadian akibat kecederaan parah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 11:48 AM