FOTO Arkib NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR
Murni Wan Omar

[email protected] hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Rayuan Syariah di sini, menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon supaya tuduhan qazaf dimulakan terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh membuat keputusan itu selepas berpuas hati Anwar gagal mengemukakan bukti supaya pendakwaan dimulakan terbadap Mohd Saiful.

Mahkamah dalam keputusannya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini.

Mahkamah juga memutuskan bahawa Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa eksklusif untuk memulakan sebarang pendakwaan dan tidak boleh dipaksa.

Mahkamah turut memerintahkan kos RM5,000 dikenakan terhadap Anwar.

Anwar pada 23 April 2010 memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan supaya pendakwa meneruskan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 12:19 PM