FOTO Rasul Azli Samad
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Kira-kira 20 individu dari parti DAP, Keadilan, Amanah dan Bersatu negeri, berkumpul di luar Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi tadi, bagi menyerahkan memorandum bersihkan Melaka daripada perasuah, kepada Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Kumpulan terbabit diketuai Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong yang tampil bersama Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri Naqiuddin Nazrin, Ketua Pemuda Amanah negeri Muhammad Syafiq Azmi dan wakil Unit Penerangan dan Guaman Bersatu Muhammad Jailani Khamis.

Bagaimanapun, penyerahan memorandum kira-kira jam 10.30 pagi itu, hanya diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Ketua Menteri Azman Musa.

Acara menyerahkan memorandum terbabit berlangsung aman sebelum bersurai kira-kira jam 11 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2016 @ 1:28 PM