MANGSA maut di tempat kejadian. FOTO ihsan Polis
MANGSA maut di tempat kejadian. FOTO ihsan Polis
Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori di Jalan Kepala Batas, Bukit Mertajam, 5.45 petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Fikri Mohd Jamil, 22, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, motosikal mangsa ditunggang dari Guar Perahu menghala ke Penanti.

"Sebaik sampai di Jalan Kepala Batas motosikal mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas dan terseret sehingga terlanggar bahagian belakang lori.

"Mangsa cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi tujuan bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2016 @ 10:06 PM