Oleh Hayati Ibrahim


Sepang: Seorang buruh binaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan militan Negara Islam (IS).

Muhammad Kasyafullah Kassim, 36 didakwa memberi sokongan kepada pengganas dengan menjadi ahli kepada IS.

Muhammad Kasyafullah yang masih bujang tidak diwakili peguam, didakwa memasuki Syria dengan pesawat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Disember tahun lalu hingga 7 April.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan Akta 574 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 130J.

Pertuduhan dibacakan dihadapan Pendaftar Mahkamah Rozaidi Yaacob dan kes akan disebut semula pada 13 Februari 2015.

Tertuduh ditahan di rumahnya di Bandar Baru Kedah pada 27 November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 10:27 AM