Pix dan teks oleh Norasikin Daineh


Tawau: Lebih 500 penumpang terkandas di Terminal Feri Tawau selepas beberapa feri tidak beroperasi di terminal baru itu sejak semalam.

Dipercayai semua penumpang terkandas disebabkan kapal yang membawa penumpang dari Nunukan dan Tarakan, Indonesia melakukan mogok untuk tidak masuk ke pelabuhan terminal baru ini.

Menurut seorang penumpang Ratna Abu Bakar, 50, dia tiba di terminal itu sejak jam 6 pagi tadi namun sehingga kini masih belum dapat menaiki sebarang feri untuk ke Nunukan.

"Saya hanya tahu feri tiada selepas tiba pagi tadi dan difahamkan sejak semalam tiada feri yang akan ke Nunukan.

"Sehingga kini, saya masih menunggu kalau ada feri yang datang supaya saya boleh pulang ke kampung halaman di Nunukan," katanya ketika ditemui di Terminal Feri Tawau, tadi.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro sehingga jam 2 petang tadi keadaan di terminal feri semakin lengang selepas sebahagian penumpang mulai beransur pulang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 2:40 PM