X
PENGERUSI Majlis Peperiksaan, Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak (dua dari kiri) menyerahkan buku sebagai tanda gimik perjanjian pesefahaman kepada Ketua Penyelidik Cambridge English Language England, Dr. Hanan Khalifa (dua dari kanan). FOTO Zaaba Zakeria
PENGERUSI Majlis Peperiksaan, Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak (dua dari kiri) menyerahkan buku sebagai tanda gimik perjanjian pesefahaman kepada Ketua Penyelidik Cambridge English Language England, Dr. Hanan Khalifa (dua dari kanan). FOTO Zaaba Zakeria
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur: Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menjalinkan kerjasama dengan Cambridge English Language, England (CEL) untuk memantapkan lagi ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi menepati standard antarabangsa.

Pengerusi MPM Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, menerusi kerjasama itu penasihat CEL Dr Hanan Khalifa bersama pasukannya akan membantu Jawatankuasa Pemurnian Sukatan Ujian dan Spesifikasi MUET untuk melaksanakan kajian selama 18 bulan bermula November lalu.

"Apabila siap kelak, diharap tiada lagi pertikaian mengenai standard ujian ini kerana sijilnya akan diiktiraf dan setaraf dengan peperiksaan Bahasa Inggeris utama antarabangsa lain.

"Selain itu, sukatan ujian dan spesikasi baru ini juga akan menepati standard Common European Framework of Reference (CEFR) untuk membolehkan ia diterima di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media bersama Dr Hanan di Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), hari ini.

Menurut Mohamed Mustafa lagi, MPM turut mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan MUET on Demand iaitu peperiksaan secara online menjelang tahun 2018.

Katanya, sebagai permulaan, ia akan diadakan di pusat tertentu dan calon boleh mengambil ujian berkenaan selain pada sesi Mac, Julai, dan November.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 3:44 PM