Keadaan minyak hitam yang membasahi jalan raya di Kilometer 3.11 NKVE berhampiran susur keluar Setia Alam. - Foto Ihsan Bomba
Keadaan minyak hitam yang membasahi jalan raya di Kilometer 3.11 NKVE berhampiran susur keluar Setia Alam. - Foto Ihsan Bomba
Ayusliza Azizan


Shah Alam: Sebuah lori membawa muatan minyak hitam terbalik di Kilometer 3.11 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran susur keluar Setia Alam dari Kuala Lumpur menghala ke Klang petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, lori berkenaan terbalik di tengah jalan mengakibatkan muatan minyak hitam terpakai yang dibawa dalam satu tong besar tumpah.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pemandu lori berkenaan bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.

"Mangsa keluar dengan sendiri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikerahkan ke tempat kejadian dan bomba menjalankan kerja

membersihkan tumpahan minyak dengan menggunakan habuk kayu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 5:40 PM
Digital NSTP Subscribe