Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superintendan Noor Hashim Mohamad (kiri) menunjukkan motosikal suspek yang maut dalam kemalangan jalan raya ketika melarikan diri selepas dipercayai cuba menceroboh masuk sebuah rumah. - Foto MOHD AZREN JAMALUDIN
Mary Victoria Dass


Iskandar Puteri: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut dalam kemalangan jalan raya ketika melarikan diri selepas dipercayai cuba menceroboh masuk sebuah rumah di Taman Nusantara di Iskandar Puteri di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, lelaki berkenaan memanjat pagar rumah berkenaan namun disedari penghuni menyebabkan suspek bersama seorang rakan, melarikan diri dengan motosikal sebelum dikejar pemilik rumah terbabit, seorang peniaga berusia 43 dengan kereta sejauh kira-kira empat kilometer.

"Motosikal dinaiki lelaki berkenaan bersama rakannya terbabas dan merempuh tembok.

“Akibatnya, suspek yang juga pembonceng, cedera parah di muka, kepala, bahu dan kaki manakala rakannya bertindak melarikan diri meninggalkannya serta motosikal terbabit.

"Mangsa dibawa ke klinik di Gelang Patah sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) namun disahkan meninggal dunia pada 6.50 petang semalam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 5:55 PM