ANZALNA Nasir. FOTO Rohanis Shukri
Michelle Gun


Selepas kejayaan telenovela Memori Cinta Suraya, pelakon jelita Anzalna Nasir sekali lagi ditawarkan berlakon dalam drama 100 episod.

Pernah menolak 10 tawaran drama sebelum ini, pelakon berusia 28 tahun itu memberitahu lebih selesa berlakon dalam drama episod panjang kerana hidupnya teratur.

“Kalau drama episod pendek, penggambaran perlu diselesaikan dengan cepat. Berbeza pula dengan drama panjang dan saya tidak perlu tergesa-gesa berlakon.

“Sehingga sekarang, saya masih sukar melupakan Memori Cinta Suraya dan tidak kisah kalau ditawarkan berlakon dalam drama berepisod panjang,” katanya selepas pertunjukan fesyen Muslimah Zacheela, baru-baru ini.

Anzalna yang turut tampil sebagai duta jenama itu berkata, dia masih menerima pelbagai tawaran projek walaupun 2016 bakal melabuhkan tirai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 7:47 AM