Kenderaan yang meredah banjir di Jalan Tun Ismail, Kuantan (Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR) dan seorang pemandu terpaksa menolak kenderaannya yang rosak di Kuantan. (Foto -FARIZUL HAFIZ AWANG)
Banjir yang menenggelamkan jalan raya di Indera Mahkota (Foto Ihsan Pembaca) dan kenderaan meredah banjir di Jalan Tun Ismail, Kuantan. (Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR)
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Hujan lebat selama kira-kira dua jam menyebabkan beberapa kawasan di bandar ini dilanda banjir kilat, hari ini.

Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tun Ismail, Jalan Stadium, Indera Mahkota 8 dan Jalan Bukit Ubi yang menyebabkan kenderaan terkandas.

Hujan bermula 3 petang itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas akibat limpahan air di beberapa jalan utama.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang ketika dihubungi berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan hujan lebat di negeri itu jika ia akan menyebabkan banjir.

"Hingga kini belum ada mangsa dipindahkan akibat banjir kilat ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 6:37 PM