USGS
USGS


Honolulu (Hawaii): Pemantauan dan amaran tsunami ke atas Hawaii dibatalkan.

Pacific Tsunami Warning Center, menjelaskan tiada ancaman tsunami ke atas Hawaii dan amaran dibatalkan pada kira-kira 11 pagi waktu tempatan (kira-kira 4 pagi Malaysia)

Hawaii dipantau selepas berlaku gempa bumi dekat Kepulauan Solomon, pada 4.38 pagi waktu tempatan (kira-kira 11.38 malam Malaysia).

Bagaimanapun, tindakan pemantauan ketika itu hanya pada tahap paling rendah.

Tidak ada laporan kemalangan jiwa, kecederaan dan kerosakan dilaporkan berikutan gempa pada skala 7.7 magnitud.

US Geological Survey (USGS) pula memberitahu gempa berlaku kira-kira 69 kilometer di barat baratdaya Kirakira, di Kepulauan Solomon, pada kedalaman 49 kilometer.

Pada ketika itu, USGS meramalkan kemungkinan berlaku tsunami tetapi tidak dapat disahkan.

USGS menjelaskan, jika berlaku tsunami, ombak besar itu dijangka sampai ke pantai Hawaii pada 2.56 petang waktu tempatan (8.56 pagi Malaysia).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 5:28 AM
Digital NSTP Subscribe