X
LIM (tiga dari kiri) bersama Gong (tiga dari kanan) pada pelancaran telefon pintar OPPO.
LIM (tiga dari kiri) bersama Gong (tiga dari kanan) pada pelancaran telefon pintar OPPO.
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Bermula semalam, model telefon pintar jenama OPPO kini boleh didapati di seluruh 99 rangkaian kedai elektronik terkemuka, Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng) dan 31 cawangan senQ Digital Station di seluruh negara.

Majlis meraikan kerjasama pasaran itu berlangsung di senQ Digital Station bertempat di Pusat Belah-Belah Alamanda di mana ia turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi senQ Digital Station dan OPPO Malaysia.

Hadir sama Pengarah Urusan senQ Digital Station KH Lim dan Pengarah Jualan OPPO Malaysia, Garry Gong.

Sempena meraikan pembukaan itu, pelbagai tawaran hebat dan menarik disediakan untuk pelanggan yang membeli mana-mana satu daripada tiga model telefon pintar OPPO iaitu OPPO F1s, A37 dan Neo 7 bermula 8 hingga 25 Disember ini.

Sementara itu, ahli PlusOne Senheng juga berpeluang menikmati jaminan tambahan setahun dengan setiap pembelian ke atas mana-mana model telefon pintar OPPO selain tawaran kaedah faedah istimewa serendah 1.55 peratus menerusi Skim Bayaran Mudah AEON dan pelan bayaran ansuran mudah tanpa faedah selama 24 bulan melalui bank terpilih.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 7:16 AM