SAMSUNG Galaxy S7 edge Blue Coral kini di pasaran tempatan.
SAMSUNG Galaxy S7 edge Blue Coral kini di pasaran tempatan.
myMetro

Kuala Lumpur: Samsung Electronics Co Ltd (Samsung), memperkenalkan warna baru untuk model Samsung Galaxy S7 edge iaitu Blue Coral menjadikannya warna kelima sebagai pilihan ditawarkan kepada pelanggan ketika ini.

Dengan warna biru yang lebih segar itu sesuai mengikut trend fesyen terkini bagi memberikan pengguna pengalaman penggunaan lebih hebat menerusi teknologi yang ditawarkan.

Untuk pengguna yang mahu tampil lebih anggun, bergaya, berani dan bebas ketika mengembara menggunakan telefon pintar Galaxy S7 edge Blue Coral dengan ciri kalis air dan habuk pada piawaian IP68 adalah pilihan yang tepat.

Bahkan, ia juga sesuai untuk mereka yang gemar bergambar kerana ia didatangkan dengan sokongan kad microSD sehingga 200 Gigabait (GB) yang bersamaan dengan 200 filem atau 50,000 keping gambar berdasarkan filem 1GB dan foto 4 Megabait.

Dengan saiz storan yang besar, pengguna boleh memuatkan pelbagai jenis gambar dan video yang dirakam menggunakan ciri diperkenalkan di dalamnya, Selfie Flash dan Motion Panorama dengan hanya menggunakan kamera telefon pintar untuk dijadikan memori manis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 7:18 AM