KETUA Polis Negara memuat naik status Twitter berhubung kejayaan PGA menumpaskan kumpulan penculik.
KETUA Polis Negara memuat naik status Twitter berhubung kejayaan PGA menumpaskan kumpulan penculik.
Ardyhansah Amat


Semporna: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejayaan Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kumpulan penculik di perairan Bekapit di sini, malam tadi.

Khalid menerusi akaun Twitter berkata, selain tiga penculik yang ditembak mati, pasukan keselamatan menahan tiga suspek serta menyelamatkan seorang mangsa culik dalam kejadian berkenaan.

"Syabas Tiger Platoon PGA @PDRMsia tumpaskan 3 org (orang) dan tkap (tangkap) 3 org penculik dan selamatkan 1 mangsa culik di Bakapit, Semporna. #GoPDRMGo," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, seorang anggota PGA cedera pada bahagian kaki dipercayai terkena tembakan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun dijadual mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 10:22 AM