AMZAR dengan lesung pipit diminati lebih ramai gadis berbanding Amsyar.
Norhayati Nordin

Meskipun kembar seiras, antara Ahmad Amzar, dan Ahmad Amsyar, 20, yang menganggotai kumpulan Viral, ternyata abang lebih mendapat perhatian berbanding adik.

Ia gara-gara lesung pipit di pipi Amzar yang dianggap ‘pakej lengkap’ langsung mencairkan hati gadis. Perkara ini diakui Amsyar kerana abangnya memang lebih menjadi perhatian peminat perempuan.

Malah, kata Amsyar, sejak kecil lagi kalau diukur pada aspek wajah memang abangnya akan mendahului berbanding dirinya.

“Saya tidak pernah kecil hati pun dengan kelebihan paras rupa abang kerana kami adik-beradik dan minat pun sama.

“Minat mendalam pada muzik sejak kanak-kanak, mendorong kami menyimpan impian sama untuk muncul dengan album.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 5:03 AM