FOTO Nik Abdullah Nik Omar
FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Tumpat: Lelaki ditemui lemas di Sungai Kelantan di Kampung Kutan Sungai, 11.45 pagi ini.

Mohd Azwan Harun, 36, dikatakan ke sungai itu untuk melihat orang ramai memancing sebelum kekejangan otot dan terjatuh ke dalam sungai dalam kejadian malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.27 malam tadi.

Katanya, sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Kita turut dibantu sepasukan polis dan 50 penduduk kampung dan menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di lokasi dia terjatuh.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga," katanya, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 3:01 PM