X
Mayat mangsa bergelimpangan di tepi lebuh raya. - Foto Ihsan Pembaca
Mayat mangsa bergelimpangan di tepi lebuh raya. - Foto Ihsan Pembaca
Keadaan MPV Hyundai Starex yang terbabas di KM 288.6 LPT2 menyebabkan lima sekeluarga terbunuh. - Foto Ihsan Pembaca
Keadaan MPV Hyundai Starex yang terbabas di KM 288.6 LPT2 menyebabkan lima sekeluarga terbunuh. - Foto Ihsan Pembaca


Chukai: Lima sekeluarga maut, seorang parah dalam kemalangan ngeri selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang jejambat di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, kenderaan MPV Hyundai Starex berkenaan dikatakan dari arah Kuantan menuju Kuala Terengganu, terbabas dan merempuh besi penghadang jalan sebelum menghentam tiang jejambat.

Menurut jurucakap polis, kejadian menyebabkan beberapa mangsa tercampak keluar dan lima mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap itu berkata, identiti semua mangsa masih belum dapat dipastikan dan mayat dibawa ke Hospital Kemaman.

Difahamkan, kenderaan dinaiki mangsa itu berkonvoi dengan beberapa kenderaan ahli keluarganya dan mereka dikatakan tinggal di Shah Alam, Selangor, dalam perjalanan ke Kuala Terengganu selepas bercuti di Bukit Tinggi, Bentong.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 7:40 PM