CRISTIANO Ronaldo. FOTO AFP
AFP

Paris: Rahsia yang gagal disimpan - Cristiano Ronaldo (gambar) akan meraih gelaran keempat Ballon d’Or sebagai pemain terbaik dunia hari ini.

Bintang Real Madrid dan Portugal itu memenangi Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tiga musim untuk takhta ketiga keseluruhan selepas meraih satu trofi bersama Manchester United pada 2008.

Dia kemudian mengemudi Portugal untuk takhta utama pertama mereka dalam saingan Euro 2016 - walaupun terpaksa dikeluarkan awal kerana kecederaan ketika negaranya menang dalam aksi final ke atas Perancis.

Seperti mana sedekad lalu, pencabar utama pemain berusia 31 tahun itu adalah Lionel Messi dari Barcelona - maestro dari Argentina itu mengalami nasib berbeza dengan kelab dan negaranya apabila gagal memenangi takhta utama.

Ronaldo dilihat sudah mewarnakan rambutnya ketika latihan minggu lalu dan bagi jurulatih kelabnya hanya akan ada satu pemain untuk meraih takhta berprestij itu tahun ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 5:15 AM