Gambar hiasan
Gambar hiasan
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Mangsa pertama dalam kejadian bot karam di Tasik Taman Negara Loagan Bunut ditemui pasukan mencari dan menyelamat(SAR), tengah hari tadi.

Penuntut sebuah koleh swasta warga Nigeria di sini, ditemui meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, mayat mangsa akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, seorang lagi mangsa masih dikesan pasukan SAR

Semalam, sebuah bot dinaiki tujuh lelaki termasuk enam penuntut kolej karam dipercayai akibat angin kencang. Empat penuntut bersama seorang pemandu bot ditemui selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 4:34 PM