Kedua-dua mayat mangsa lemas Tasik Taman Negara Loagan Bunut ditemui hari ini. - Foto MOHD RIZAL ABDULLAH
Kedua-dua mayat mangsa lemas Tasik Taman Negara Loagan Bunut ditemui hari ini. - Foto MOHD RIZAL ABDULLAH
Mohd Rizal Abdullah

[email protected]

Miri: Mayat mangsa terakhir kejadian bot karam di tasik Taman Negara Loagan Bunut ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Mayat mangsa dikenali sebagai Emine Imoh Daniel Udoh, 23, ditemui pasukan SAR pada 5.15 petang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Semalam, sebuah bot dinaiki tujuh lelaki dengan enam daripadanya penuntut kolej, karam dipercayai akibat angin kencang .

Mayat pertama, Amate Mohamed, 26, ditemui pada 12.45 tengah hari, hari ini, manakala empat penuntut lain serta pemandu bot, selamat

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan kolej berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 6:35 PM