ANTARA peserta Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Seramai 2,762 orang daripada 71 kumpulan menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1438H/2016M.

Perarakan sejauh 2.4 kilometer bermula dari Dataran Shahbandar hingga ke Stadium Negeri Terengganu.

Turut mengetuai perarakan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Zubir Embong serta exco kerajaan negeri.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan menyempurnakan majlis perasmian dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Fatimatuz Zahra'.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 7:46 PM