Kehebatan kumpulan idol terkemuka, SHINee tidak perlu dipertikaikan lagi.

Awal tahun ini, kumpulan terbabit menggamatkan Kyocera Dome dan Tokyo Dome di Jepun menerusi persembahan luar biasa mereka.

Disebabkan itu, SHINee mendapat jemputan eksklusif untuk menjayakan acara muzikal berprestij, FNS di negara terbabit.

Jemputan itu disifatkan sangat jarang berlaku apabila menyebut mengenai FNS Music Festival. Bagaimanapun, tahun ini kumpulan terbabit mendapat jemputan eksklusif.

Setakat ini, artis Korea Selatan yang mendapat jemputan penganjur FNS cuma BoA, TVXQ, BIGBANG, Girls’ Generation dan KARA.

Dijadualkan membuat persembahan bersama artis ternama Jepun, SHINee akan mempersembahkan lagu hit mereka berjudul Everybody dalam versi bahasa Jepun.

Selain itu, mereka dijangka mendendangkan lagu baru, Winter Wonderland juga dalam bahasa Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2016 @ 5:39 AM